Sejarah operasi Eurofighter_Typhoon

Pada 4 Ogos 2003, Jerman menerima pesawat Eurofighter pengeluaran siri pertama (GT003).[109] Juga pada tahun yang sama, Sepanyol menerima penghantaran pesawat siri pengeluaran pertama.[110]

Pada 16 Januari 2006 pesawat Typhoon T1, Tentera Udara Di Raja Britain melakukan pendaratan cemas di RAF Coningsby. Tayar hadapan pesawat ini gagal berfungsi, walaupun kedua-dua kaedah iaitu sistem biasa dan sistem kecemasan telah digunakan. Pesawat ini telah mendarat dengan menggunakan gear utama dan menggunakan brek aerodinamik, pada masa yang sama juga payung brek dilepaskan. Muncung pesawat kemudiannya direndahkan secara berhati-hati, dan ini telah mengurangkan kerosakkan kepada pesawat. Juruterbang kemudian mengosongkan pesawat apabila tangga yang bersuaian dipasangkan di sebelah pesawat.[111] Pesawat Typhoon T1, Tentera Udara Di Raja Britain ini telah kembali bertugas.

Pada 9 Ogos 2007, Kementerian Pertahanan Britain melaporkan bahawa Skuadron No 11, Tentera Udara Di Raja Britain, yang ditubuhkan sebagai skuadron pesawat Typhoon pada 29 Mac 2007, telah menerima 2 buah pesawat pelbagai fungsi Typhoon.[112] Tentera Udara Di Raja Britain berharap memperolehi pesawat pertama Typhoon pelbagai fungsi untuk beroperasi sepenuhnya pada hujung tahun 2008.[112]

Pada 17 Ogos 2007, 2 pesawat Typhoon daripada Skuadron ke-11 diarahkan memintas pesawat Tupolev Tu-95, Rusia yang mendekati ruang udara Britain.[113]

Rujukan

WikiPedia: Eurofighter_Typhoon http://eurofighter.airpower.at/cockpit-pilotenausr... http://eurofighter.airpower.at/faq.htm http://www.airpower.at/news07/0627_eingespart/inde... http://www.eurofighter.at/ http://www.parlinkom.gv.at/pls/portal/docs/page/PG... http://www.air-attack.com/news/news_article/2615/1... http://www.airforce-technology.com/projects/ef2000... http://www.autofluglibelle.com/html/libelle.html#l... http://www.baesystems.com/ProductsServices/autoGen... http://www.baesystems.com/newsroom/2003/feb/200203...